Bazarkambing Gombak Farming

Gombak Farming Sdn Bhd (co. no : 929614-k)

Home | Katering | peta | Syarikat | Tempahan | KURSUS

Mengenali Gombak Farming Sdn Bhd

PENGENALAN

Gombak Farming Sdn Bhd adalah 100% milik bumiputera. Dulunya dikenali sebagai Gombak Farming sahaja dan beroperasi sebagai penternakan kambing kampung kecil-kecilan. Syarikat ini mulanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh En Ismail Bin Ahmad sebagai pembekal susu kambing segar sebelum berkembang menjadi pembekal kambing dan biri-biri untuk aqiqah dan qurban atas permintaan yang tinggi.

Syarikat ini beroperasi di atas tanah milik sendiri seluas hampir 1.5 ekar di alamat Lot 396, Batu 6 ¼ Kampung Tengah Gombak, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan. Tandas dan Surau juga disediakan bagi kemudahan tetamu dan pekerja menunaikan ibadah solat.

oWNER Gombak farming

PENGALAMAN

Gombak Farming Sdn Bhd telah berkecimpung didalam urusan membeli dan menjual kambing dan lembu selama 15 tahun. Sepanjang 15 tahun perniagaan ini dijalankan lebih 17,000 ekor kambing, biri-biri serta lembu telah dijual samada untuk tujuan aqiqah, qurban, nazar, kenduri, riadah keluarga (biasanya oleh warga asing dari Timur Tengah) dan atas tujuan peribadi.

Gombak Farming hanya mengajikan kakitangan penyembelihan yang berpengalaman dan memiliki Sijil penyembelihan yang disahkan oleh JAIS sahaja bagi memastikan setiap penyembelihan menepati hukum syarak. Gombak Farming amat menitik-beratkan soal halal haram dengan memastikan setiap pekerja penyembelihan bersih dan sentiasa menjaga solat. Syarikat juga turut didaftar dengan Jabatan Haiwan dan Veterinar bagi menepati piawaian semasa. 

SUMBANGAN SYARIKAT

Gombak Farming Sdn Bhd telah banyak membantu penternak kambing dan lembu secara kecil-kecilan. Bertindak selaku peraih Gombak Farming telah membeli dan menjual hasil ternakan mereka dengan menempatkan ternakan ini dikandang milik syarikat. Yakin dengan persainagn yang sihat Gombak Farming tidak lokek untuk berkongsi ilmu bagi mereka yang berminat memulakan penternakan kambing dan lembu di kawasan masing-masing.
Kesesuaian tempat dan persekitaran yang bersih menjadikan Gombak Farming sering dipilih sebagai rujukan dan pusat latihan penyembelihan ayam dan kambing untuk saudara baru (mualaf).

RANCANGAN AKAN DATANG

Gombak Farming Sdn Bhd dalam perancangan membesarkan skop perniagaan untuk menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan kambing, biri-biri dan lembu ke seluruh Lembah Klang dan sekitarnya.
Gombak Farming Sdn Bhd juga berhasrat mempopularkan konsep Pasar Kambing (Bazar Kambing) untuk kemudahan pembeli sekitar Gombak dan Kuala Lumpur.

Turut menjadi agenda kami adalah membina sebuah rumah penyembelihan yang lengkap dengan bilik sejuk untuk kawasan Gombak dan Lembah Klang.

Pertanyaan juga boleh dibuat terus ketalian 019-227 8221

Memudahkan promosi perniagaan anda.