PENGENALAN
Gombak Farming Sdn Bhd adalah 100% milik
bumiputera. Dulunya dikenali sebagai Gombak Farming sahaja dan beroperasi sebagai penternakan kambing kampung kecil-kecilan.
Syarikat ini mulanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh En Ismail Bin Ahmad sebagai pembekal susu kambing segar sebelum
berkembang menjadi pembekal kambing dan biri-biri untuk aqiqah dan qurban atas permintaan yang tinggi.
Syarikat ini beroperasi di atas tanah milik
sendiri seluas hampir 1.5 ekar di alamat Lot 396, Batu 6 ¼ Kampung Tengah Gombak, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan. Tandas
dan Surau juga disediakan bagi kemudahan tetamu dan pekerja menunaikan ibadah solat.

PENGALAMAN
Gombak Farming Sdn Bhd telah berkecimpung
didalam urusan membeli dan menjual kambing dan lembu selama 15 tahun. Sepanjang 15 tahun perniagaan ini dijalankan lebih 17,000
ekor kambing, biri-biri serta lembu telah dijual samada untuk tujuan aqiqah, qurban, nazar, kenduri, riadah keluarga (biasanya
oleh warga asing dari Timur Tengah) dan atas tujuan peribadi.
Gombak Farming hanya mengajikan kakitangan
penyembelihan yang berpengalaman dan memiliki Sijil penyembelihan yang disahkan oleh JAIS sahaja bagi memastikan setiap penyembelihan
menepati hukum syarak. Gombak Farming amat menitik-beratkan soal halal haram dengan memastikan setiap pekerja penyembelihan
bersih dan sentiasa menjaga solat. Syarikat juga turut didaftar dengan Jabatan Haiwan dan Veterinar bagi menepati piawaian
semasa.
SUMBANGAN SYARIKAT
Gombak Farming Sdn Bhd telah banyak membantu
penternak kambing dan lembu secara kecil-kecilan. Bertindak selaku peraih Gombak Farming telah membeli dan menjual hasil ternakan
mereka dengan menempatkan ternakan ini dikandang milik syarikat. Yakin dengan persainagn yang sihat Gombak Farming tidak lokek
untuk berkongsi ilmu bagi mereka yang berminat memulakan penternakan kambing dan lembu di kawasan masing-masing. Kesesuaian
tempat dan persekitaran yang bersih menjadikan Gombak Farming sering dipilih sebagai rujukan dan pusat latihan penyembelihan
ayam dan kambing untuk saudara baru (mualaf).
RANCANGAN AKAN DATANG
Gombak Farming Sdn Bhd dalam perancangan
membesarkan skop perniagaan untuk menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan kambing, biri-biri dan lembu ke seluruh Lembah
Klang dan sekitarnya. Gombak Farming Sdn Bhd juga berhasrat mempopularkan konsep Pasar Kambing (Bazar Kambing) untuk kemudahan
pembeli sekitar Gombak dan Kuala Lumpur.
Turut menjadi agenda kami adalah membina
sebuah rumah penyembelihan yang lengkap dengan bilik sejuk untuk kawasan Gombak dan Lembah Klang. |